Skip to main content
Packaging

5 Sebab Anda Perlu Tukar Packaging Baru

By 14 November 2024No Comments2 min read

1. QUALITY PACKAGING ORANG DAH MULA COMPLAINT

“Minyak terkeluar”

“Sampai-sampai je parcel, dalam dah basi.”

Kalau anda dah jumpa complaint-complaint macam ini, anda dah kena fikirkan lebih serius untuk menukar material packaging yang lebih berkualiti dan premium.

2. TAKDE BEZA DENGAN ORANG LAIN

Packaging yang digunakan sekarang samaaaa saja dengan orang lain. Design pun hampir sama, dan takde rasa exclusivity bila orang tengok di rak-rak kedai. Design pun hambar, tak ikut trend dan langsung tak menyentuh emosi bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada.

3. TIADA KEUNIKAN TERSENDIRI

Packaging tiada nilai USP atau benda yang unik untuk orang perkatakan. Boleh fikirkan sesuatu yang berkaitan untk menarik perhatian orang ramai untuk melihat, rasa dan memiliki produk kita hanya disebabkan packaging.

Contoh kita boleh gunakan packaging yang boleh kitar semula, jadi kita boleh meletakkan nilai “Recycle” dalam kempen produk. Dengan kempen menjaga alam sekitar dan sayangi bumi. Ini juga boleh berikan nilai positif yang dapat menarik perhatian pelanggan baru.

4. PACKAGING YANG TAK MENEPATI KEHENDAK PELANGGAN

Dah tiba masa untuk anda fikirkan apkaah kehendak pelanggan terhadap packaging yang anda gunakan. Mungkin dulu gunakan standing pouch takde zipper, kali ini letakkan zipper supaya pelanggan anda mudah simpan dengan baik dan mudah dibawa kemana-mana.

Mungkin sebelum ini produk anda terlalu berat, dah boleh fikirkan cara untuk pastikan produk lebih ringan dan mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana.

Senang cerita Improvise prackaging yang dapat memudahkan pelanggan.

5. SUDAH TIBA TUKAR YANG BARU LEBIH SEGAR DAN CATCHY

Mungkin sudah tiba tukar pacakaging yang lebih segar dan trendy selepas lebih 5 tahun menggunakan packaging yang sama. Menukar wajah baru terhadap packaging adalah sesuatu yang baik, dan banya jenama-jenama besar juga melakukan perkara yang sama untuk menambat hati pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada.

Jadi jangan takut untuk berubah dan memperbaiki packaging anda dari semasa ke semasa.

Kalau anda ada 5 perkara di atas , dah boleh dah contact team kami untuk menukar packaging baru yang lebih menarik, exclusive, premium, berkualiti dan cantik.

Leave a Reply